Tuesday, October 28, 2008

MENDAKI CERUN NAN GERUN

Cerun gunung yang hendak didaki betul-betul curam. Tanah-tanih di sekitar itu juga lembik disebabkan hujan malam sebelumya. Jenuh juga mendaki. Namun, kami masing-masing bersemangat dan seronok.






Jenuh jugak ler Datin nak ambik gambor. Terkangkang-kangkang kat celah-celah dahan pokok di tepi lereng yang serba curam itu. Nak tercabut nyawa jugak rasanya.


Lega betul rasanya bila tiba di perhentian pertama. Boleh ler santai-santai, sembang-sembang, cucuh ubat nyamuk berkepul-kepul sambil bersembang.

Pendakian seterusnya lebih mencabar. Lereng gunung makin lama makin curam dan mencabar. Kat mana-mana sentiasa kena panjat pakai tali. Mujur Datin cekap bersenggegayut kat akar-akar pokok sambil mengambil foto-foto dari angle yang mengancam. Payah betul ler, tangan menggeletor, habis foto pun blur gitu.




Tengoklah, tonggang-langgang dan kacau-bilau jadinya foto Datin. Belasah aja ambik gambar ikut celah mana sekalipun, janji dapat ambik gambor...

Sampai juga kami ke perhentian ke-dua. Tak tahu ler berapa tempayan air kami minum. Dahaga weh...


Di perhentian ke-2 kami berehat secukupnya sebelum meneruskan cabaran untuk ke mulut Gua Datuk. Kami diberitahu perjalanan ke situ akan menjadi lebih mencabar lagi. Letih satu hal, gayat satu hal lain pula... Kami betul-betul ingin tahu apa yang terdapat di dalam Gua Datuk... Adakah Datuk sedang menunggu?









Tak sangka, cekap dan bersemangat betul model-model belamtara Datin ini. Mereka langsung tidak merungut sebaliknya terus-menerus rasa teruja. Datin pun sedaya upaya merakamkan detik-detik penuh bersejarah bagi mereka. Detik yang penuh kenangan manis yang bakal diingati hingga ke anak cucu....




Semakin hampir ke mulut gua, semakin hati kami berdebar-debar. Seronok sangat kerana berpeluang menjejakkan kaki ke situ. Persaan seram mula terasa....


Bagaimanapun, berposing tetap berposing. Memang Datin tak lepaskan peluang untuk merakamkan foto model-model Datin pada hari itu. Nak tengok aksi gemerincing de Belantara? Teruskan pendakian bersama Datin Seri Gemerincing...
Best tau!!!
bersambung

JOM EXERCISE DULU...

Di lokasi pendakian, En. Wira dari Lostworld telah memberikan taklimat ringkas kepada kami semua. Banyak pantang-larangnya yang perlu dipatuhi. Ye lah, adat pergi menjengah tempat orang, kenalah ikut peraturan orang di situ. Lagipun, jalan ke Gua Datuk memang sukar dan banyak halangan. Cerunnya betul-betul curam dan berbahaya.




Kami diminta melakukan senaman bagi meregangkan otot-otot supaya apabila mendaki nanti tidaklah kena kejang otot.

Kawasan persekitaran yang indah dengan alam semulajadi disertai dengan hembusan bayu gunung yang sepoi-sepoi bahasa itu menyegarkan badan kami. Suasananya begitu menggemegirangkan (gemerincing + girang) sesiapa sahaja...





Dan sudah tentulah sebelum memulakan pendakian, kami membaca doa selamat supaya kami semua selamat....


bersambung



Friday, October 17, 2008

HARI KE-2: EKSPLORASI GUA DATUK YANG GEMERUJA

Setelah gemeronok (gemerincing dengan seronok) pada hari pertama dengan menjelajahi 6th Miles Tunnel, pada hari ke-2 Datin bersama rombongan telah pergi ke Gua Datuk pula. Dengar khabar, memang seram tempat tu... Maklumlah, gua. Penuh dengan kelawar pula. Teringat Datin kepada cerita Dracula.

Minta maaf ler sebab walaupun kami ke sana dalam bulan Mac lalu, namun kesibukan harian telah menangguhkan kerja-kerja memuatkan kisah seram ini ke dalam blog Datin. Punbegitu, sesuai jugak le... Sebab esok lusa dah nak Halloween... Kira sesuai jugak konsep kita, tak gitu?

Pada pagi hari ke-2 itu, rombongan Datin masing-masing sudah bersiap sedia menyahut cabaran seterusnya. Walaupun pada malamnya mereka enjoy sakan dinner di Ulu Kinta, bowling di JJ Rooftop, shopping di Gerbang malam, malah sempat lepak kat warung Qayyum di Sunway City, dan paginya pula sempat merayau kat Pasar Karat,namun keselesaan bermalam di Kak G Apartment Sunway City mengembalikan keceriaan dan stamina...

Tu bab bebudak lelaki... Yang pompuannya pun, menten... Mereka masing-masing balik tidur kat rumah sebab mak marah tidur kat merata-rata tempat khabornya. Tak ngape, janji sampai kat tempat dijanjikan punctual... Memang pun, jam 7.30 pagi mereka dah siap sampai kat situ... Yang lelakinya pulak sampai jam 9.00 pagi... Ada yang sampai pada jam 9.30 pagi... Boleh?

Tak ngaper, Datin tak hangen pun. Paham benor... Padz yang mulutnya potpet2 macam orang baca jampi.... bak bertih jagung digoreng... Kesian dia, dari awal pagi dah menunggu... Rasanya sempat dia buat senamrobik ala Malayana 5-6 round. He, he...



Oleh sebab awal pagi itu hujan turun memanjang, kami memulakan pendakian ke Gua Datuk agak lewat sedikit kerana kawasan yang akan didaki itu dibasahi hujan. Sementara tunggu trek kering sedikit, kami pun melepak dan bersantai sambil menikmati sarapan pagi. Riuh jugak ler bila masing-masing bercerita panjang.

Selepas membaca doa beramai-ramai, kami pun bersiap-siap untuk mendaki. Dari situ, kami merentasi kawasan yang terdapat tasik-tasik dan menyusuri lereng-lereng di kaki gunung batu kapur. Of course, masing-masing penuh rasa gemeruja (gemerincing + teruja).




Cuaca pagi itu amat indah sekali. Kami perlu merentasi Lostworld Thema Park menuju ke pintu pagar besar di belakang sana. Dari situ kami merentasi kawasan yang terdapat tasik-tasik dan menyusuri lereng-lereng di kaki gunung batu kapur tempat terletaknya Gua Datuk. Of course le masing-masing penuh rasa gemeruja (gemerincing + teruja).




Jalan kaki sejauh kira-kira 10 minit ke lokasi pendakian sekurang-kurangnya memberikan suatu "warm-up" yang baik kepada kami.
bersambung....

Wednesday, May 28, 2008

Explore the Mysteries with Datin

Syyy... Apa yang ingin Datin paparkan ini merupakan pengalaman sebenar Datin bersama model-model belantara Datin.... menyelongkar sebuah lagi misteri yang agak menyeramkan juga.... melalui ranjau onak berduri... dengan segala payah jerih mendaki cenuram berbahaya... untuk bertemu Dato.... di Gua Datuk, Lostworld of Tambun....


Bagi mereka yang lemah jantung, takut gayat, kencing manis, strok, takut gelap dan yang sewaktu dengannya, tak ngaper, boleh teruskan mengikuti blog al-goblog ini. Blog ini tak sesuai hanya kepada mereka yang "dengkok" (dengki + otak bengkok) sahaja... He he he...

Hish, citer seram nana boleh buat lawak...

Teruskan bersama Datin...